ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 April 2024.
1. Lelaki warga Israel didakwa miliki senjata mengaku tidak bersalah
Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu juga minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.
2. 'Anak makan Panadol macam gula-gula...' Aidilfitri buka lembaran baharu buat Pak Tagie sekeluarga
Kisah ini dikongsikan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang menyelami isi hati rakyat di kawasannya.
3. 'Itu rakaman lama simulasi kesiapsiagaan serangan provokatif' - JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan video bertajuk "Tanya pasal kuarters je dah kena macam tu depan KSN" merupakan rakaman lama simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.
4. Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China
Malaysia mengguna pakai strategi menyeluruh untuk melonjakkan ketibaan pelancong China dan beralih daripada kaedah promosi tradisional untuk mewujudkan ekosistem yang mempertingkatkan pengalaman pelawat.
5. PH belum bincang calon PRK Kuala Kubu Bharu - Anwar
Pakatan Harapan masih belum mengenal pasti calon yang bakal mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada bulan depan.
6. Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di Malaysia, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negara ini.
7. NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berjaga-jaga susulan wujudnya perisian pengintip sofistikated yang menyasarkan pengguna peralatan Apple melalui Apple ID mereka.
8. PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.
9. Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
Pengendali akaun media sosial MyNewsHub telah dihubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk dirakamkan keterangan.
10. Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Penyertaan pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas negara memerlukan kos kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu melakukan bayaran 'hak imej' kepada pemain tersebut.
Astro Awani
Fri Apr 12 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 April 2024.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.